Pada zaman era ini, negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi , politik ataupun sosial yang hendak menuju ke arah wawasan 2020. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka. Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?
Tidak dapat dinafikan, Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah. Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.
Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.
Di samping itu,kepincangan institusi kekeluargaan juga menjadi punca dalam masalah ini. Sikap ibu bapa yang terlalu materalistik sehingga mengabaikan anak-anak telah menyebabkan anak-anak mereka berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka.Ibu bapa tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam mengejar kemewahan harta malah mereka perlu lebih prihatinkan keadaan anak-anak. Mereka harus meluangkan masa pada setiap hari untuk berkomunikasi dengan anak-anak agar mereka tidak kehilangan tempat untuk mengadu.Selain itu,ruang kebebasan yang diberikan terlalu banyak boleh membuka ruang kepada anak-anak terpengaruh dengan pelbagai gejala sosial di luar rumah. Jadi, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala pembuangan bayi yang berpunca daripada anak-anak sendiri.
Selain daripada itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca membarahnya masalah ini di negara kita. Hal ini demikian kerana pada usia yang muda, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila mereka yang darah setampuk pinang usia setahun jagung ini mula bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Ghalibnya, rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma maysarakat, misalnya pergi ke tempat hiburan seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas. Remaja yang terjerumus dalam gejal-gejala negatif tersebut akan melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuangkan bayi mereka .Hal yang demikian kerana mereka akan berperasaan malu terhadap masyarakat yang mencaci mereka atas perbuatan mereka.
Sesungguhnya, tiada penyakit yang tiad penawarnya. Oleh yang demikian, langkah yang drastik dan efisien perlulah diambil untuk mengatasi masalah gejala ini daripada semakin meningkat. Langkah yang utama hendaklah diambil oleh ibu bapa. Pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan pahala. Oleh itu, didikan keagamaan hendaklah dididik dalam jiwa mereka pada setiap masa sebagai panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu. Umumnya, anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga hendaklah menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal dan sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana hendak mengelakkan mereka daripada terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan.
Bukan sahaja ibu bapa, tanggungjawab untuk mengatasi masalah pembuangan bayi turut melibatkan pihak kerajaan dan media massa serta masyarakat di negara ini. Pihak berkuasa mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Sebagai contoh, kempen Kami Prihatin. Dalam konteks ini, inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan haruslah berterusan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Di samping itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Masyarakat juga harus menyokong semua aktiviti yang telah diadakan untuk rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi tidak seharusnya dipandang enteng. Dalam hal ini semua pihak haruslah memberikan komitmen yang sepenuhnya. Kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada satu pihak sahaja sebaliknya kita hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi membenteras masalah ini persis mutiara kata, “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Dengan adanya kerjasama yang utuh seikat bagai serai, serumpun bagai sirih, pasti masalah ini akan dapat ditangani dari akar umbinya sekali gus misi Wawasan Perdana 2057 mampu direalisasikan mengikut landasan yang betul.