Apakah kesan kejatuhan Ringgit di Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai wang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi. Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita?
Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia.
Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia.
Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan. Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmudan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga…Sesungguhnya ilmu atau pengalaman lebih berharga dari wang ringgit.
Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :
Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.
Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.
Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia :
Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.
Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :
- Barangan Import lebih mahal.
- Harga barangan akan naik
- Kuasa membeli rakyat di luar negara berkurang.
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.
- Inflasi
- Penurunan Harga Minyak.
Kesimpulannya, Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan dan bersama menjaga keamanan dan kemakmuran Malaysia.